Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33
seksyen yang berikut:
“Kewajipan untuk menyenggara daftar 33a. (1) Tiap-tiap institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang mengandungi maklumat mengenai–
(a)
pelajar;
(b)
orang yang telah dilantik untuk mengajar di institusi pendidikan tinggi swasta itu;
(c)
program yang dikendalikan atau disediakan oleh institusi pendidikan tinggi swasta itu;
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan)
(d)
orang yang telah diberikan ijazah peringkat kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran kehormat;
(e)
orang yang telah dilantik sebagai profesor dan termasuklah orang yang telah diberikan gelaran
Profesor Emeritus; dan
(f)
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang difikirkan perlu oleh
Ketua Pendaftar.
(2)
Daftar yang mengandungi maklumat dalam subseksyen (1)
hendaklah mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar dan hendaklah dijadikan boleh diakses oleh Ketua Pendaftar sebagaimana dan apabila Ketua Pendaftar menghendakinya.
(3)
Daftar yang mengandungi maklumat di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemaskinikan secara berkala sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.
(4)
Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5)
Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang memberikan maklumat palsu atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta material atau memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) yang mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 36