Malaysia legislation

Section 2

of AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2017

Seksyen 2

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “cawangan” takrif yang berikut:

‘ “dana permulaan” ertinya suatu akaun yang mengandungi sumbangan tunai yang hendaklah dipunyai oleh syarikat berhad menurut jaminan sebelum pendaftaran di bawah seksyen 24;’;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1535

AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

(PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1535

(b)

dalam takrif “institusi pendidikan tinggi swasta”, dengan menggantikan perkataan “Kolej Universiti atau kampus cawangan” dengan perkataan “Kolej Universiti atau kampus cawangan luar negeri atau Kolej”;

(c)

dalam takrif “kampus cawangan”, dengan memotong perkataan “dan termasuklah cawangan Universiti atau

Kolej Universiti luar negeri,”;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “kampus cawangan”

takrif yang berikut:

‘ “kampus cawangan luar negeri” ertinya cawangan

Universiti atau Kolej Universiti luar negeri yang ditubuhkan di bawah Akta ini;’;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pendaftar”

takrif yang berikut:

‘ “Kolej” ertinya institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak bertaraf Universiti atau Kolej Universiti atau kampus cawangan luar negeri;’;

(f)

dalam takrif “Kolej Universiti” dan “Universiti”, dengan memotong perkataan “, dan termasuklah institusi pendidikan tinggi swasta yang bergabung dengan

Universiti atau Kolej Universiti sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang diberikan taraf Universiti atau

Kolej Universiti”;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “lembaga pengarah”

takrif yang berikut:

‘ “ Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan tinggi;’; dan

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “sijil” takrif yang berikut:

‘ “struktur fi” ertinya suatu amaun bayaran terperinci yang dikenakan kepada pelajar bagi mengikuti kursus pengajian atau program latihan;’.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 12