Malaysia legislation

Section 3

of AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PINDAAN) 2017

Seksyen 3

Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan

“, sama ada ia suatu syarikat yang diperbadankan di dalam negeri atau selainnya,”;

(b)

dalam perenggan 1(c), dengan memasukkan selepas perkataan “swasta” perkataan “dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan”;

dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Jika pemohon yang berjaya itu merupakan suatu syarikat berhad menurut jaminan, pemohon itu hendaklah memastikan bahawa—

(a)

dana permulaannya hendaklah merupakan suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri;

(b)

sumber dana permulaannya hendaklah dizahirkan kepada dan diluluskan oleh Menteri;

(c)

keanggotaan lembaga pengarahnya hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;

dan

(d)

tujuan tunggal memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan pemohon hendaklah untuk menubuhkan dan menguruskan institusi pendidikan tinggi swasta dan hendaklah mengandungi peruntukan bagi apa-apa perkara yang boleh ditetapkan.”.

Pindaan seksyen 14