Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pindaan seksyen 15
(a)
dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
(b)
dengan menggantikan subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Kelulusan Ketua Pendaftar hendaklah didapatkan sebelum suatu syarikat menukar atau mengubah—
(a)
namanya;
(b)
modal terbitan dan berbayarnya;
(c)
amaun dana permulaannya;
(d)
penyertaan ekuitinya;
(e)
keanggotaan lembaga pengarahnya; dan
(f)
memorandum persatuan dan perkara-perkara persatuannya.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut:
“(2) Permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua
Pendaftar—
(a)
dalam borang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan; dan
(b)
disertai fi yang ditetapkan.
(3)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum ia ditentukan, Ketua Pendaftar boleh melalui notis bertulis menghendaki syarikat itu untuk memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan)
(4)
Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)
tidak diberikan dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa, permohonan itu—
(a)
hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan
(b)
tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak syarikat untuk membuat permohonan baharu.
(5)
Ketua Pendaftar hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya di bawah seksyen ini dan selepas diberikan kesemua maklumat, butir-butir dan dokumen yang dikehendakinya di bawah subseksyen (3)—
(a)
meluluskan permohonan itu dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, pindaan atau syarat; atau
(b)
menolak permohonan itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi penolakan itu.
(6)
Jika Ketua Pendaftar menolak permohonan itu, Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu syarikat tentang penolakan itu secara bertulis.
(7)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 19