Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 5
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Pengerusi;
(c)
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;
(d)
seorang wakil Perbendaharaan dari Kementerian
Kewangan;
(e)
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri;
(f)
tiga orang wakil Kerajaan Negeri;
(g)
empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan Lembaga; dan
(h)
Pengurus Besar.”;
(b)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen (3) dan (4)” dengan perkataan “subseksyen (3)”;
(c)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“, 3 dan 7” dengan perkataan “dan 3”;
(d)
dengan memotong subseksyen (4); dan
(e)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“(f)” dengan perkataan “(h)”.
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan)
5
Seksyen baharu 5a