Malaysia legislation

Section 4

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (PINDAAN) 2017

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5

seksyen yang berikut:

“Anggota silih ganti 5a.  (1)  Menteri boleh, berhubung dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), anggota silih ganti hendaklah dinamakan oleh anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), dengan kelulusan Menteri.

(3)

Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat

Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

(4)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.”.

Pindaan seksyen 12