Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3)
dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Jika seseorang askar-lasykar berkelayakan untuk pencen—
(a)
potongan gajinya di bawah subseksyen (1) hendaklah terus dibuat sehingga dia diberhentikan daripada perkhidmatan dengan angkatan tetap Malaysia;
(b)
pembayaran di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti daripada dibuat berkenaan dengan caruman yang dibuat di bawah perenggan (a); dan
(c)
segala pembayaran yang telah dibuat di bawah subseksyen (2) yang masih ada pada kredit akaun askar-lasykar itu hendaklah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.”.
Pindaan seksyen 9a