Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 9a Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “not” dengan perkataan “neither”;
(ii)
dengan memasukkan selepas perkataan “ganjaran tamat perkhidmatan” perkataan “dan juga tidak memilih untuk menyertai skim anuiti veteran”;
(iii)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan
“dan”;
(iv)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“; dan” di hujung perenggan itu dengan noktah;
dan
(v)
dengan memotong perenggan (c); dan
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1547
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a)
Seseorang pegawai yang mencarum di bawah subseksyen (1) yang telah menamatkan kurang daripada dua puluh tahun perkhidmatan dan tidak memilih untuk dibayar ganjaran tamat perkhidmatan tetapi memilih untuk menyertai skim anuiti veteran hendaklah, apabila genap tempoh perkhidmatannya, dibayar nilai carumannya kepada Tabung dan dividen bagi tempoh caruman itu, dan nilai caruman daripada
Kumpulan Wang Disatukan yang direkodkan mengikut subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Tabung bagi kredit akaun pegawai itu.”.
Pindaan seksyen 11