Malaysia legislation

Section 24

of AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2017

Seksyen 24

Pindaan seksyen 245

(a)

dalam perenggan (1)(b), dengan memotong perkataan

“atau” di hujung perenggan itu;

(b)

dalam perenggan (1)(c), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (1)(c) perenggan yang berikut:

“(d)  dengan menghantarkan dokumen kepada orang itu secara elektronik.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika sesuatu dokumen diserahkan melalui pos dalam bentuk surat prabayar, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan pada hari yang berikutnya dokumen itu sepatutnya diterima, dalam penjalanan biasa pos.

(4)

Jika seseorang yang diserahkan dokumen melalui pos dengan surat prabayar diberitahu tentang hakikat bahawa adanya surat prabayar yang menantinya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau mengabaikan untuk mengambil surat prabayar itu, dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah diserahkan kepadanya pada tarikh ia dimaklumkan demikian.”.

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)

19

Pindaan seksyen 251

Section 24 — LAND PUBLIC TRANSPORT (AMENDMENT) ACT 2017