Malaysia legislation

Section 27

of AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2017

Seksyen 27

Subseksyen 253(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (m), dengan memasukkan selepas perkataan “pengendali berlesen” perkataan “, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan”;

(b)

dalam perenggan (n), dengan menggantikan perkataan

“dan pemegang lesen terminal” dengan perkataan

“, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan”;

(c)

dalam perenggan (o), dengan memasukkan selepas perkataan “pengendali berlesen” perkataan “, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan”;

(d)

dalam perenggan (r), dengan menggantikan perkataan

“tren kereta api” dengan perkataan “kenderaan yang berkaitan dan tren kereta api, dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam”;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1552

(e)

dengan memotong perenggan (w);

(f)

dalam perenggan (mm), dengan menggantikan perkataan

“dan pemegang lesen terminal” dengan perkataan

“, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan”;

(g)

dalam perenggan (rr), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan

(h)

dengan memasukkan selepas perenggan (rr) perenggan yang berikut:

“(ss) memperuntukkan bentuk dan kandungan mana-mana perkiraan atau perjanjian antara pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan pemandu kenderaan perkhidmatan awam.”.

Pindaan seksyen 255