Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2017

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bab 2

Bahagian II bab yang berikut:

“Bab 2a

Pelesenan perniagaan pengantaraan

Pelesenan perniagaan pengantaraan 12a.  (1)   Tertakluk kepada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2)

Sesuatu permohonan bagi suatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(3)

Pemohon hendaklah memberi Suruhanjaya maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggara dan mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(4)

Tertakluk kepada Akta ini, Suruhanjaya boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen di bawah seksyen ini—

(a)

meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau

(b)

menolak permohonan itu.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1552

(5)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan Suruhanjaya boleh mengenakan syarat pada lesen itu yang termasuk—

(a)

jenis dan takat perniagaan pengantaraan yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;

(b)

tahap am perkhidmatan yang hendak disediakan kepada orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan;

(c)

langkah untuk melindungi keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan; dan

(d)

standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(6)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(7)

Pengeluaran suatu lesen oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (4) tidak boleh mengenakan apa-apa tanggungan pada Suruhanjaya bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen perniagaan pengantaraan.

(8)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)

7

Pembaharuan lesen 12b.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Suruhanjaya boleh, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan, membaharui lesen itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya atau menolak permohonan itu.

(2)

Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(3)

Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh

Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.

(4)

Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen, mengembalikan lesen itu kepada Suruhanjaya.

Permohonan bagi pengubahan 12c.  Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan bagi pengubahan lesen atau syarat lesen, Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—

(a)

untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

(b)

untuk menolak permohonan itu; atau

(c)

untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen itu atau syarat lesen itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1552

Pembatalan atau penggantungan lesen 12d.  (1)  Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung mana-mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12a—

(a)

jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen tidak dipatuhi;

(b)

jika pengeluaran lesen itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau

(c)

sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu:

Dengan syarat bahawa Suruhanjaya—

(A)

dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;

(B)

dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)

(C)

dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan

Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b)

atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.

(2)

Jika suatu lesen—

(a)

telah dibatalkan, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Suruhanjaya;

atau

(b)

telah digantung, mana-mana pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berterusan mengendalikan atau mengadakan suatu perniagaan pengantaraan dalam tempoh penggantungan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pemindahan lesen dilarang 12e.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 12a hendaklah menjadi khas untuk pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1552

(3)

Walau apa pun perenggan 12d(1)(c), Suruhanjaya boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika atas apa-apa sebab Suruhanjaya berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen itu.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.

Section 3 — LAND PUBLIC TRANSPORT (AMENDMENT) ACT 2017