Malaysia legislation

Section 2

of AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2017

Seksyen 2

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

[Akta 334], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “kenderaan dibenarkan”

takrif yang berikut:

‘ “kenderaan e-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang muatan duduknya empat orang dan tidak lebih daripada sebelas orang (termasuk pemandu) yang digunakan untuk membawa orang dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang perseorangan atau tambang berasingan bagi setiap satunya, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;’;

(b)

dalam takrif “lesen”, dengan memasukkan selepas perkataan

“seksyen 18” perkataan “kecuali lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVa”;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “lesen” takrif yang berikut:

‘ “lesen perniagaan pengantaraan” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVa;’ dan

(d)

dengan memasukkan sebelum takrif “pihak berkuasa tempatan” takrif yang berikut:

‘ “perniagaan pengantaraan” ertinya perniagaan yang memudahkan perkiraan, penempahan atau transaksi kenderaan e-hailing sama ada untuk apa-apa balasan berharga atau nilaian wang atau selainnya;’.

Pindaan seksyen 10