Malaysia legislation

Section 6

of AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2017

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IV bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PELESENAN PERNIAGAAN PENGANTARAAN

Pelesenan perniagaan pengantaraan 26a.  (1)  Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan melainkan jika dia memegang suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2)

Sesuatu permohonan bagi suatu lesen perniagaan pengantaraan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada

Lembaga dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1553

(3)

Pemohon hendaklah memberi Lembaga maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggara dan mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(4)

Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen perniagaan pengantaraan di bawah seksyen ini—

(a)

meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Lembaga, dan, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen perniagaan pengantaraan kepada pemohon; atau

(b)

menolak permohonan itu.

(5)

Tiap-tiap lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan Lembaga boleh mengenakan syarat pada lesen perniagaan pengantaraan itu yang termasuk—

(a)

jenis dan takat perniagaan pengantaraan yang akan dikendalikan atau disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;

(b)

tahap am perkhidmatan yang hendak disediakan kepada orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan;

(c)

langkah untuk melindungi keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan pengantaraan; dan

(d)

standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan dalam mengendalikan perniagaan pengantaraan.

(6)

Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)

(7)

Pengeluaran suatu lesen perniagaan pengantaraan oleh

Lembaga di bawah subseksyen (4) tidak boleh mengenakan apa-apa tanggungan pada Lembaga bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen perniagaan pengantaraan.

(8)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pembaharuan lesen 26b.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Lembaga boleh, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan, membaharui lesen perniagaan pengantaraan itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga atau menolak permohonan itu.

(2)

Sesuatu permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan itu dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dinyatakan oleh Lembaga.

(3)

Jika pemegang lesen perniagaan pengantaraan tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa alasan yang difikirkan munasabah oleh Lembaga, Lembaga boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau menentukan permohonan itu.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1553

(4)

Jika tiada permohonan untuk membaharui lesen perniagaan pengantaraan dikemukakan, pemegang lesen perniagaan pengantaraan hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen perniagaan pengantaraan, mengembalikan lesen perniagaan pengantaraan itu kepada Lembaga.

Permohonan bagi pengubahan 26c. Apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan bagi pengubahan lesen perniagaan pengantaraan atau syarat lesen perniagaan pengantaraan, Lembaga hendaklah mempunyai kuasa penuh dalam budi bicaranya—

(a)

untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;

(b)

untuk menolak permohonan itu; atau

(c)

untuk memerintahkan apa-apa pengubahan pada lesen perniagaan pengantaraan itu atau syarat lesen perniagaan pengantaraan itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.

Pembatalan atau penggantungan lesen perniagaan pengantaraan 26d.  (1)  Lembaga boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung mana-mana lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen 26a—

(a)

jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen perniagaan pengantaraan tidak dipatuhi;

(b)

jika pengeluaran lesen perniagaan pengantaraan itu didorong oleh suatu representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu; atau

(c)

sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan menyediakan perniagaan pengantaraan oleh pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu:

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)

9

Dengan syarat bahawa Lembaga—

(A)

dalam hal perenggan (a), boleh sebagai ganti pembatalan atau penggantungan lesen perniagaan pengantaraan melantik suatu pihak ketiga untuk membetulkan ketidakpatuhan itu dan mendapatkan semula kos pembetulan itu daripada pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu;

(B)

dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen perniagaan pengantaraan di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen perniagaan pengantaraan itu melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen perniagaan pengantaraan itu patut dibatalkan atau digantung; atau

(C)

dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b) atau (c), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen perniagaan pengantaraan itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen perniagaan pengantaraan itu patut dibatalkan atau digantung.

(2)

Jika suatu lesen perniagaan pengantaraan—

(a)

telah dibatalkan, lesen perniagaan pengantaraan itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen perniagaan pengantaraan itu mengembalikan lesen perniagaan pengantaraan itu kepada Lembaga; atau

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1553

(b)

telah digantung, pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang berterusan mengendalikan atau menyediakan suatu perniagaan pengantaraan dalam tempoh penggantungan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pemindahan lesen dilarang 26e.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah seksyen 26a hendaklah menjadi khas untuk pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.

(2)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Walau apa pun perenggan 26d(1)(c), Lembaga boleh, sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, likuidasi pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perniagaan pengantaraan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau, jika atas apa-apa sebab Lembaga berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen perniagaan pengantaraan itu.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk menyimpan rekod, dsb.

Quoted provision

Seksyen 26f

(2)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pemegang lesen perniagaan pengantaraan untuk memberitahu Lembaga 26g.  (1)  Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen perniagaan pengantaraan, pada setiap masa, untuk memberitahu Lembaga dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:

(a)

apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk pada keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen perniagaan pengantaraan itu;

(b)

apa-apa celaan atau denda yang dikenakan ke atas pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu oleh

Kerajaan; dan

(c)

apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kawalan”, berhubung dengan seorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu.

(3)

Seseorang pemegang lesen perniagaan pengantaraan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1553

Pindaan seksyen 27

Section 6 — COMMERCIAL VEHICLES LICENSING BOARD (AMENDMENT) ACT 2017