Malaysia legislation

Section 5

of AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2018

Seksyen 5

Pindaan seksyen 65

Seksyen 65 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Suruhanjaya boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini—

(a)

jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

(b)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima peratus daripada pusing ganti tahunan pertubuhan perbadanan itu dari tahun kewangan yang sebelumnya.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak;

“pusing ganti tahunan” ertinya agregat semua jumlah wang yang diterima semasa menjalankan perniagaan sepanjang tahun kewangan, sebagaimana yang dinyatakan atau selainnya ditunjukkan dalam akaun perniagaan, termasuk pemberian daripada mana-mana Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri.”.

Pindaan seksyen 66