Malaysia legislation

Section 9

of AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2018

Seksyen 9

Seksyen baharu 98a

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, pekeliling, arahan, dsb.

Quoted provision

Seksyen 98a

(2)

Tiap-tiap garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya mengikut apa-apa cara bagi memastikan bahawa garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis itu dibawa kepada perhatian orang yang perlu mematuhi garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis itu.

(3)

Suruhanjaya boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini—

(a)

jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

(b)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima peratus daripada pusing ganti tahunan pertubuhan perbadanan itu dari tahun kewangan yang sebelumnya.

(4)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak;

“pusing ganti tahunan” ertinya agregat semua jumlah wang yang diterima semasa menjalankan perniagaan sepanjang tahun kewangan, sebagaimana yang dinyatakan atau selainnya ditunjukkan dalam akaun perniagaan, termasuk pemberian daripada mana-mana Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri.”.