Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11a seksyen yang berikut:
“Orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas boleh diterima masuk 11b. Pengendali pusat jagaan berdaftar boleh menerima masuk mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun dan ke atas sebagai orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan berdaftar dan penerimaan masuk itu hendaklah berdasarkan kriteria sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Akta Kemudahan dan Perkhidmatan
Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018.”.