Malaysia legislation

Section 11

of AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PINDAAN) 2018

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41

seksyen yang berikut:

“Kebolehterimaan keterangan dokumentar 41a.  Jika apa-apa dokumen atau salinan apa-apa dokumen diperoleh oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain.”.