Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2018

Seksyen 10

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18

seksyen yang berikut:

“Kuasa mendapatkan maklumat 18a.  (1)  Bagi maksud perenggan 5(1)(b), seorang Pegawai

Bomba boleh, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada seseorang, menghendaki orang itu—

(a)

untuk memberikan semua maklumat yang berhubungan dengan kebakaran; dan

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1568

(b)

untuk hadir di hadapan seorang Pegawai Bomba untuk memberikan pernyataan lisan dan Pegawai

Bomba hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah penyataan lisan itu ke dalam bentuk bertulis.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.”.

Pindaan seksyen 20