Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27
seksyen yang berikut:
“Organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan 27a. (1) Pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan hendaklah menubuhkan suatu organisasi keselamatan kebakaran.
(2)
Mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan yang tidak mematuhi subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
11
Pindaan seksyen 29