Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 2
(a)
dalam takrif “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”—
(i)
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
(ii)
dalam perenggan (g), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan
“atau”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(h) mengawal merebaknya asap akibat daripada kebakaran;”;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran” takrif yang berikut:
‘ “kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987
[Akta 333];’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “notis” takrif yang berikut:
‘ “Pasukan Bomba Sukarela” ertinya Pasukan Bomba
Sukarela yang ditubuhkan di bawah seksyen 4b;’;
(d)
dalam takrif “Pegawai Kanan Bomba”, dengan menggantikan perkataan “Penolong Penguasa” dengan perkataan
“Penolong Penguasa Bomba”;
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “pemunya” takrif yang berikut:
‘ “Pendaftar” ertinya Ketua Pengarah;’; dan
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
(f)
dalam takrif “tugas khas”, dengan menggantikan perkataan
“pegawai diberi kuasa” dengan perkataan “Pegawai
Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba
Sukarela”.
Pindaan seksyen 3