Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2018

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4

seksyen yang berikut:

“Pegawai Bomba Sukarela 4a.  (1)  Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik beberapa orang Pegawai Bomba Sukarela atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai

Bomba Sukarela.

(3)

Ketua Pengarah boleh menamatkan pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Pegawai Bomba Sukarela tidak boleh dibayar apa-apa saraan selain apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(5)

Pegawai Bomba Sukarela hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan langsung Ketua Pengarah.

Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela 4b.  (1)  Suatu Pasukan Bomba Sukarela yang mengandungi sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Bomba Sukarela boleh memohon untuk didaftarkan dengan Pendaftar.

(2)

Pendaftar boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.

(3)

Pendaftar hendaklah, apabila meluluskan pendaftaran

Pasukan Bomba Sukarela, menetapkan suatu kawasan jagaan kepada Pasukan Bomba Sukarela.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “kawasan jagaan” ertinya suatu kawasan yang penyelamatan dan bantuan disediakan sekiranya berlaku kebakaran.

Perkhidmatan Bomba (Pindaan)

7

Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar 4c.  (1)  Pendaftar hendaklah menyenggara suatu daftar Pegawai

Bomba Sukarela dan suatu daftar Pasukan Bomba Sukarela.

(2)

Daftar itu hendaklah mengandungi—

(a)

nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai

Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan

Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya; dan

(b)

nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai

Bomba Sukarela yang pelantikannya ditamatkan dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang pendaftarannya telah dibatalkan.

(3)

Pendaftar boleh melantik seorang Timbalan Pendaftar dan beberapa orang Penolong Pendaftar dari kalangan Pegawai

Bomba yang hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan

Pendaftar.

(4)

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya kuasa dan fungsi itu boleh dijalankan oleh

Timbalan Pendaftar.

(5)

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada

Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Pendaftar.

Rayuan 4d.  Apabila suatu pelantikan seorang Pegawai Bomba

Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela ditamatkan oleh Ketua

Pengarah, suatu rayuan sebagaimana yang ditetapkan, boleh dibuat kepada Menteri.”.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1568

Pindaan seksyen 6