Malaysia legislation

Section 9

of AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2018

Seksyen 9

Pindaan seksyen 18

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Pegawai Bomba” perkataan “atau Pegawai Bomba

Bantuan”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “Pegawai

Bomba” perkataan “atau Pegawai Bomba Bantuan”;

(ii)

dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan

Perkhidmatan Bomba (Pindaan)

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(f) mengeluarkan atau mengarahkan pemindahan bahan mudah terbakar, letupan atau berbahaya di dalam atau di sekitar premis;

(g)

menutup atau memutuskan atau mengarahkan mana-mana orang yang mempunyai kawalan untuk menutup atau memutuskan apa-apa bekalan tenaga termasuk bekalan gas, bekalan bahan api atau bekalan elektrik di dalam atau di sekitar premis; dan

(h)

mengeluarkan, dengan paksa jika perlu, mana-mana kenderaan atau objek yang menggalang kerja Jabatan Bomba dan

Penyelamat.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Bagi maksud perenggan (1)(e), tiada bayaran boleh dikenakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa air kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi penggunaan air dalam menjalankan tugas mereka di bawah Akta ini.”.

Seksyen baharu 18a