Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Seksyen 75 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“pekerjanya yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan “kepada pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam”;
(b)
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(aa)” dengan perkataan
“peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(ty)”; dan
(c)
dalam subseksyen (8)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “pegawai pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan
“pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam”;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1574
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “pegawai pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah perenggan (a), kepada pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan
“pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam di bawah perenggan (a), kepada pegawai pengangkutan awam darat”; dan
(iii)
dengan menggantikan perkataan “pegawai pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan “pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau pegawai pengangkutan awam darat”.
Pindaan seksyen 77