Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2018

Seksyen 3

Pindaan seksyen 2

(a)

dengan memotong takrif “Entiti Kerajaan”;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “kereta api” takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”

ertinya Ketua Pengarah yang dipertanggungjawabkan bagi pengangkutan awam darat;’;

(c)

dengan menggantikan takrif “Ketua Pengarah” dengan takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan” ertinya

Ketua Pengarah bagi pengangkutan jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan Timbalan Pengarah;’;

(d)

dengan menggantikan takrif “Kumpulan Wang” dengan takrif yang berikut:

‘ “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan;’;

(e)

dengan memotong takrif “Majlis Rancangan Fizikal

Negara”;

(f)

dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan

“Perdana Menteri” dengan perkataan “Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan”;

(g)

dengan memotong takrif “pegawai dilantik”;

(h)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai kereta api”

takrif yang berikut:

‘ “pegawai pengangkutan awam darat” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan awam darat di bawah seksyen 215a;’;

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)

(i)

dengan memotong takrif “pelanggan”;

(j)

dengan memotong takrif “Rancangan Fizikal Negara”;

(k)

dengan memotong takrif “rancangan struktur”;

(l)

dengan memotong takrif “Suruhanjaya”;

(m)

dengan memotong takrif “Tribunal Rayuan”; dan

(n)

dalam takrif “undang-undang pengangkutan awam darat”, dengan menggantikan perkataan “Akta Suruhanjaya

Pengangkutan Awam Darat 2010” dengan perkataan

“Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Pemotongan Bab 1 Bahagian II

Section 3 — LAND PUBLIC TRANSPORT (AMENDMENT) ACT 2018