Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat
seksyen yang berikut:
“Pelantikan pegawai pengangkutan awam darat 215a. (1) Menteri boleh melantik apa-apa jumlah pegawai pengangkutan awam darat setakat yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2)
Pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat.
(3)
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk suatu kad pengenalan hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah Akta ini dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini.”.
Pindaan seksyen 216