Malaysia legislation

Section 76

of AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2018

Seksyen 76

Seksyen baharu 249a dan 249b

seksyen yang berikut:

“Pengelakan kontrak 249a.  Apa-apa kontrak bagi pengangkutan seorang penumpang di dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api hendaklah, setakat yang ia berupa sebagai menidakkan atau membataskan tanggungan mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana tuntutan yang mungkin selainnya boleh dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan penumpang itu semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun dari kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api itu atau yang berupa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan mana-mana tanggungan sedemikian, adalah tidak sah.

Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat 249b.  Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini,

Menteri boleh melalui peraturan-peraturan memberi kuasa kepada mana-mana orang, atas syarat yang disifatkannya layak, untuk menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat di bawah Akta ini berkenaan dengan pelesenan terminal, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, pelesenan kenderaan pelancongan, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan barang, pelesenan pengendali perkhidmatan kereta api dan pembukaan kereta api, pengumpulan bayaran atau caj di bawah Akta ini.”.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1574