Malaysia legislation

Section 82

of AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2018

Seksyen 82

Kecualian

(2)

Mana-mana pegawai dilantik yang dilantik di bawah

Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi pegawai pengangkutan awam darat di bawah Akta ini sehingga pelantikan pegawai dilantik itu dibatalkan.

(3)

Apa-apa lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang perkara itu terpakai baginya sehingga dibatalkan atau sehingga tarikh habis tempohnya.

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)

(4)

Apa-apa permohonan bagi suatu lesen yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(5)

Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6)

Apa-apa obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(7)

Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada,

Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara