Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan.
(3)
Jika suatu permohonan bagi kajian semula telah dibuat di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah, jika boleh dilaksanakan dalam masa enam puluh hari dari tarikh permohonan itu diterima, menjalankan kajian semula dan memberitahu keputusan kajian semula itu kepada orang itu.
(4)
Tiada kajian semula boleh dibuat dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 67(3).
(5)
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini, kecuali apa-apa perkara yang berhubungan dengan kompaun atau subseksyen 67(3), boleh merayu kepada Tribunal dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan secara bertulis mengenai keputusan itu kepada orang yang terkilan itu.
Eksais (Pindaan)
(6)
Apa-apa duti eksais yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklah dibayar pada tarikh genap masa walau apa pun apa-apa kajian semula atau rayuan telah dibuat di bawah seksyen ini.
(7)
Semua peruntukan yang berhubungan dengan Tribunal
Rayuan Kastam hendaklah terpakai bagi Akta ini.”.
Penggantian seksyen 50a