Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 50a dengan seksyen yang berikut:
“Kuasa penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan 50a. Bagi maksud Akta ini, seorang pegawai kanan eksais hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubung dengan penguatkuasaan, penyiasatan dan pemeriksaan, dan kuasa yang sedemikian hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.”.