Malaysia legislation

Section 6

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2018

Seksyen 6

Seksyen baharu 59a

seksyen yang berikut:

“Perintah mahkamah 59a. (1) Jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu supaya membayar kepada Ketua Pengarah amaun duti eksais yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar di bawah Akta ini, jika ada, sebagaimana yang diperakukan oleh Ketua Pengarah dan duti eksais atau penalti itu boleh didapatkan mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara

Jenayah.

Undang-Undang Malaysia 6

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), mahkamah mempunyai bidang kuasa sivil setakat amaun duti eksais yang genap masa dan kena dibayar, dan perintah itu boleh dikuatkuasakan dalam semua keadaan sebagai suatu penghakiman muktamad mahkamah yang memihak kepada Ketua Pengarah.

(3)

Jika mana-mana orang didapati tidak bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini telah membayar amaun duti eksais yang genap masa dan kena dibayar atau penalti yang kena dibayar menurut seksyen 82a berkenaan dengan kesalahan yang dipertuduh, mahkamah boleh memerintahkan supaya amaun yang telah dibayar itu dibayar balik kepada orang itu jika tiada notis rayuan difailkan.”.

Pindaan seksyen 71

Section 6 — AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2018 | mylaw.my