Malaysia legislation
Section 13
of CO-OPERATIVE COLLEGE (INCORPORATION) (AMENDMENT) ACT 2019
Section 13
Seksyen baharu 12a hingga 12g
seksyen yang berikut:
“Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 12a. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Maktab atau terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Maktab berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh Maktab atau olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas sifat yang sedemikian.
Pekhidmat awam 12b. Tiap-tiap anggota Lembaga, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Maktab, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, kakitangan atau ejen itu, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Obligasi kerahsiaan 12c. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seseorang anggota Lembaga, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Maktab, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Prosiding sivil 12d. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap Maktab atau dalam apa-apa prosiding lain yang dalamnya Maktab dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengari, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengari, mana-mana orang atau pegawai Maktab yang diberi kuasa bagi pihak itu melalui arahan khas atau am Ketua Pengarah, boleh bagi pihak Maktab, memulakan prosiding itu atau hadir dalam dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Maktab.
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati 12e. Tiada tindakan atau guaman boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Lembaga;
(b)
anggota Lembaga;
(c)
Maktab;
(d)
mana-mana pegawai atau kakitangan Maktab; atau
(e)
mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihak Maktab, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan dengan suci hati pada menjalankan atau menunaikan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini atas kepercayaan yang munasabah bahawa adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk disampaikan.
Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan garis panduan 12f. (1) Lembaga boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah dan garis panduan sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Co-operative College (Incorporation) (Amendment)
(2)
Secara khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah dan garis panduan itu boleh memperuntukkan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
fungsi dan tugas pegawai dan kakitangan;
(b)
penentuan kehendak yang mengawal selia pengiktirafan dan penganugerahan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf untuk diberikan oleh Maktab;
(c)
syarat dan kemasukan dan kebajikan pelajar;
(d)
borang yang dikehendaki bagi maksud Akta ini; dan
(e)
apa-apa perkara yang tergolong dalam kuasa Maktab di bawah seksyen 4a.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan 12g. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(a)
yang memperuntukkan tatatertib pelajar Maktab, termasuk menetapkan kesalahan tatatertib, hukuman tatatertib dan tatacara bagi prosiding tatatertib; dan
(b)
mengenai apa-apa perkara sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan
Akta ini dengan lebih baik.” ’.