Malaysia legislation

Section 17

of AKTA MAKTAB KERJASAMA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2019

Seksyen 17

(2)

Apa-apa prosiding undang-undang yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Co-operative College of Malaysia sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini bolehlah diteruskan atau dimulakan pada dan selepas mula berkuat kuasanya Bahagian ini atas nama Co-operative Institute of Malaysia.

(3)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang disempurnakan oleh Co-operative College of Malaysia di bawah meterai perbadanan “Co-operative College of Malaysia” sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa.

(4)

Mana-mana orang yang merupakan anggota Lembaga,

Jawatankuasa Pengajian atau mana-mana jawatankuasa Co-operative

College of Malaysia sebaik sebelum mula berkuat kuasanya

Bahagian ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, terus menjadi anggota Lembaga, Jawatankuasa Pengajian atau mana-mana jawatankuasa Co-operative Institute of Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Semua pegawai dan kakitangan yang dilantik oleh

Co-operative College of Malaysia sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa

Bahagian ini, disifatkan telah dilantik oleh Co-operative Institute of Malaysia atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai bagi pegawai dan kakitangan itu sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Bahagian ini.

(6)

Jika perubahan telah dibuat pada dan selepas permulaan kuat kuasa Bahagian ini, berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan kakitangan Co-operative Institute of Malaysia yang disifatkan di bawah subseksyen (5) telah dilantik oleh Institute, pegawai dan kakitangan itu hendaklah diberi suatu pilihan sama ada untuk terus tertakluk kepada syarat perkhidmatan yang sedia ada atau menjadi tertakluk kepada syarat baharu perkhidmatan.

(7)

Segala wang yang terkandung dalam atau yang kena dibayar ke dalam Co-operative College of Malaysia Fund yang ditubuhkan di bawah Akta ibu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada Co-operative Institute of Malaysia Fund.

Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)

(8)

Apa-apa aset, syer dan tanggungan lain kepunyaan

Co-operative College of Malaysia Fund sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Bahagian ini hendaklah menjadi, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, aset, syer dan tanggungan Co-operative

Institute of Malaysia Fund.

(9)

Segala wang yang terkandung dalam Kumpulan Wang Rizab dan Kumpulan Wang Simpanan Bercarum Co-operative College of Malaysia hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bahagian ini, dipindahkan ke dalam dan disifatkan menjadi sebahagian daripada

Kumpulan Wang Rizab dan Kumpulan Wang Simpanan Bercarum

Co-operative Institute of Malaysia.