Malaysia legislation
Section 4
of CO-OPERATIVE COLLEGE (INCORPORATION) (AMENDMENT) ACT 2019
Section 4
Fungsi Maktab adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk menyediakan suatu kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain dan membuat apa-apa penganugerahan diploma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Maktab;
(b)
untuk mencetak atau menerbitkan, atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan, buku tentang koperasi atau apa-apa mata pelajaran yang berkaitan dengannya;
(c)
untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu untuk mengawal selia tanggungjawab dan kawalan pegawai dan kakitangan Maktab dan untuk mengenakan apa-apa fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkannya patut;
(d)
untuk menjalankan penyelidikan mengenai perkara-perkara koperasi;
(e)
untuk menyediakan perkhidmatan perundingan;
(f)
untuk menjalankan kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain, secara bersesama atau bersekutu, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan
(g)
untuk menasihati Menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan latihan dan pendidikan koperasi.”.
Co-operative College (Incorporation) (Amendment)
7
Seksyen baharu 4a hingga 4p