Malaysia legislation

Section 5

of AKTA MAKTAB KERJASAMA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2019

Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4

seksyen yang berikut:

“Kuasa Maktab 4a.  Maktab hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mempunyai kuasa untuk—

(a)

menganugerahkan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf kepada orang yang mengikuti kursus pengajian yang dikendalikan oleh Maktab dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, atau sebagaimana yang boleh ditetapkan;

(b)

memulakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah dan bentuk lain bagi kepujian, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan yang disediakan oleh Maktab;

(c)

memberikan pinjaman atau bantuan kewangan untuk pelajar yang memerlukan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh

Lembaga;

(d)

memasarkan atau mengkomersialkan perkhidmatan, dapatan penyelidikan dan keluaran Maktab;

(e)

meminta dan menerima apa-apa fi sebagaimana yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan oleh

Lembaga atau sebagaimana yang ditetapkan;

(f)

melakukan apa-apa perkara, sama ada yang bersampingan dengan kuasa itu atau tidak, yang boleh dilakukan bagi pengembangan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib dalam Maktab; dan

(g)

menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancang atau dijalankan oleh Maktab dengan kelulusan Menteri Kewangan.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1589

Lembaga Maktab 4b.  (1)  Maktab hendaklah ditadbirkan oleh Lembaga Maktab yang terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi;

(b)

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Timbalan Pengerusi;

(c)

Ketua Pengarah Maktab;

(d)

seorang wakil Perbendaharaan;

(e)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan koperasi;

(f)

seorang wakil Angkatan Koperasi Kebangsaan

Malaysia Berhad (ANGKASA);

(g)

enam orang yang mewakili pergerakan koperasi;

dan

(h)

tiga orang lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan, pengendalian atau kebajikan Maktab.

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d), (e),

(f)

, (g) dan (h)—

(a)

hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh tidak melebihi dua tahun; dan

(b)

hendaklah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya.

(3)

Seorang pegawai kanan Maktab hendaklah dilantik oleh Lembaga sebagai Setiausaha kepada Lembaga tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.

(4)

Anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (1)(a),

(d)

, (e), (f), (g) dan (h) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.

Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)

(5)

Jika seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a), (d), (e), (f), (g) dan (h) terhenti menjadi anggota Lembaga, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

(6)

Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Kehilangan kelayakan daripada menjadi anggota Lembaga 4c.  Seseorang hendaklah hilang kelayakan daripada dilantik atau menjadi anggota Lembaga—

(a)

jika dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh lebih daripada dua tahun;

(b)

jika dia menjadi bankrap; atau

(c)

jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi 4d.  (1)  Jika Pengerusi atas apa-apa sebab tidak berupaya untuk melaksanakan fungsinya atau semasa mana-mana tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1589

(2)

Jika kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi atas apa-apa sebab tidak berupaya untuk melaksanakan fungsi

Pengerusi atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk melaksanakan fungsi

Pengerusi.

(3)

Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik di bawah subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, semasa tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi dan hendaklah mempunyai segala kuasa Pengerusi.

Pengosongan jawatan 4e.  Jawatan seseorang anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen 4b(1) hendaklah menjadi kosong—

(a)

apabila anggota itu mati;

(b)

apabila anggota itu meletakkan jawatan melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri; atau

(c)

apabila habis tempoh atau pembatalan pelantikannya.

Pembatalan pelantikan 4f.  (1)  Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota Lembaga yang disebut dalam perenggan (1)(a), (d),

(e)

, (f), (g) dan (h)—

(a)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga atau Maktab;

(b)

jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan dengan sepatutnya tugasnya sebagai anggota

Lembaga;

(c)

jika dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)

(ii)

suatu kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;

(iii)

suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

(iv)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh lebih daripada dua tahun;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

(e)

jika dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya menjadi tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau

(f)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi, atau dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan sebab bagi pembatalan itu.

Mesyuarat Lembaga 4g.  (1)  Lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang daripada empat kali setahun bagi maksud mempertimbangkan aktivitinya.

(2)

Kuorum Lembaga ialah tujuh.

(3)

Jika atas apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh

Lembaga terdapat undi yang sama rata, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(4)

Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(5)

Apa-apa minit mesyuarat Lembaga yang dibuat hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1589

tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit mesyuarat telah dibuat hendaklah disifatkan sebagai telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Penzahiran kepentingan 4h.  (1)  Seseorang anggota Lembaga yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya—

(a)

apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga bercadang untuk membuat kontrak; atau

(b)

apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah dizahirkan kepada Lembaga mengenai hakikat dan jenis kepentingannya.

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

(3)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar seksyen ini.

Lembaga boleh mengundang orang lain dalam mesyuarat 4i.  (1)  Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihati Lembaga mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subseksyen (1)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Elaun 4j.  Anggota Lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 4b(1)

dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 5a boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Kesahan tindakan dan prosiding 4k.  Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a)

suatu kekosongan dalam keanggotaan, atau kecacatan dalam perlembagaan, Lembaga; atau

(b)

suatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Pelantikan Ketua Pengarah 4l.  (1)  Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

(3)

Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Pelantikan pegawai dan kakitangan 4m.  (1)  Maktab boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga, apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan kakitangan lain, sebagaimana yang perlu untuk menjalankan maksud Maktab.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1589

(2)

Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawah Akta ini.

Cawangan Maktab 4n.  (1)  Lembaga boleh menubuhkan dan menyenggarakan apa-apa cawangan atau cawangan-cawangan Maktab di mana-mana tempat atau tempat-tempat di Malaysia atau di mana-mana jua sebagaimana yang Lembaga berpendapat bahawa adalah wajar bagi maksud menjalankan peruntukan

Akta ini.

(2)

Lembaga hendaklah melantik berkenaan dengan suatu cawangan, seorang Pengarah Cawangan yang hendaklah menjadi ketua eksekutif, pegawai pentadbiran dan akademik cawangan, dan dia hendaklah melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya di bawah arahan dan kawalan

Ketua Pengarah.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan 4o.  (1)  Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri.

(2)

Menteri boleh memberikan kepada Lembaga arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini, yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan yang diberikan di bawah seksyen ini secepat yang dapat dilaksanakan.

Meterai perbadanan Maktab 4p.  (1)  Meterai perbadanan Maktab boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Meterai perbadanan Maktab hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah dan hendaklah digunakan dengan kebenaran Lembaga.

Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) (Pindaan)

(3)

Meterai perbadanan Maktab hendaklah dicapkan pada semua diploma dan sijil dan ditandatangani oleh—

(a)

Ketua Pengarah atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga; dan

(b)

mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Lembaga, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Maktab yang sah.

(4)

Meterai Maktab hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

(5)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeterai boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Maktab; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Maktab oleh

Ketua Pengarah, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga secara am atau khusus.”.

Penggantian seksyen 5