Malaysia legislation

Section 9

of CO-OPERATIVE COLLEGE (INCORPORATION) (AMENDMENT) ACT 2019

Section 9

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8

seksyen yang berikut:

“Hadiah 8a.  (1)  Lembaga boleh, bagi pihak Maktab, menerima dengan cara pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, bantuan, warisan atau selainnya, apa-apa harta dan wang sebagai bantuan kewangan Maktab atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Apa-apa harta atau wang yang diterima oleh Maktab di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada terma dan syarat yang padanya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan oleh Lembaga untuk kesemua atau mana-mana maksud Maktab mengikut Akta ini.

(3)

Suatu daftar hendaklah disimpan berkenaan dengan semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1), termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang padanya harta dan wang itu telah diberikan.

(4)

Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta dan wang itu diberikan dan diterima dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.”.

Pindaan seksyen 10