Malaysia legislation

Section 10

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2019

Seksyen 10

Seksyen 18 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2) Apabila apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan atau dikemukakan di bawah subseksyen (1) dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat atau dokumen itu atau mana-mana bahagian maklumat atau dokumen itu telah dikemukakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau telah disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh orang yang memberikan maklumat atau mengemukakan dokumen itu.”.

Pindaan seksyen 19