Malaysia legislation

Section 12

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2019

Seksyen 12

Seksyen baharu 20A

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 20 seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 20A

(2)

Jika mana-mana pegawai kanan kastam memasuki mana-mana kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain mengikut seksyen ini, dia boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa barang, dokumen atau benda yang berhubungan dengan aktiviti orang itu dan apa-apa dokumen dan rekod yang dikehendaki untuk disimpan di bawah seksyen $ 1 0 ^{A} $;

(b)

memeriksa apa-apa barang, dokumen atau benda;

(c)

menyita dan menahan apa-apa barang, dokumen atau benda jika pada pendapatnya ia boleh menjadi keterangan mengenai pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

(d)

menghendaki mana-mana orang untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan apa-apa barang, dokumen atau benda;

(e)

menghendaki apa-apa bekas, sampul atau bekas yang lain di dalam kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu supaya dibuka;

(f)

atas risiko dan perbelanjaan orang yang menjalankan aktiviti di kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu, membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan, atau apa-apa barang atau bahan di dalam kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu; atau

(g)

mengambil sampel mana-mana barang atau bahan dan membuat salinan atau cabutan apa-apa dokumen, jika disifatkannya perlu.

(3)

Jika mana-mana pegawai kanan kastam tidak dapat memperoleh akses sepenuhnya dan secara bebas ke kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu di bawah subseksyen (1) atau ke atas mana-mana bekas, sampul atau bekas lain yang berada di situ, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu dan membuka bekas, sampul atau bekas lain itu dan dengan menggunakan kekerasan, jika perlu.

(4)

Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan kastam untuk memasuki mana-mana kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain mengikut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.".

Pindaan seksyen 21