Malaysia legislation

Section 16

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2019

Seksyen 16

Penggantian seksyen 33

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 33 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 33

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan ke atasnya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

(4)

Apabila pembayaran kompaun di bawah subseksyen (1) telah diterima, apa-apa harta yang telah disita hendaklah dilepaskan dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap harta itu kecuali jika harta yang disita itu terdiri daripada barang yang pengimportannya ke dalam Malaysia dilarang secara mutlak atau bersyarat di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan tiada lesen import dikeluarkan, maka barang itu atau amaun yang dicagarkan di bawah perenggan 27(1)(a) atau (b) atau amaun yang dihasilkan daripada jualan itu di bawah perenggan 27(1)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilucuthakkan.

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.".

Seksyen baharu 41A

Section 16 — AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2019 | mylaw.my