Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
"Mendapatkan duti atau cukai sebagai suatu hutang civil
(a)
apa-apa bangunan atau binaan lain di dalam zon perdagangan bebas yang dibina sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini yang dengan permulaan kuat kuasa Akta ini masih dalam pembinaan;
(b)
mana-mana orang yang telah mengambil, memegang atau menikmati semua jenis harta alih dan harta tak alih di dalam suatu zon perdagangan bebas sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
(c)
mana-mana orang yang telah bermastautin di dalam suatu zon perdagangan bebas sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—
(a)
bangunan dan binaan lain yang disebut dalam perenggan (1)(a) itu boleh diteruskan dan disiapkan seolah-olah seksyen 14 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini;
(b)
orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) itu boleh terus mengambil, memegang atau menikmati semua jenis harta alih dan harta tak alih, seolah-olah seksyen 14 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa; dan
(c)
orang yang disebut dalam perenggan (1)(c) itu boleh terus bermastautin di dalam kawasan zon perdagangan bebas itu, seolah-olah seksyen 15 Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Mana-mana pengkompaunan kesalahan di bawah seksyen 33 Akta ibu yang sedia ada yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan dan diselesaikan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.