Malaysia legislation

Section 2

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2019

Seksyen 2

Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dalam takrif "aktiviti perdagangan", dengan menggantikan perkataan ", melabel semula dan transit" dengan perkataan "dan melabel semula";

(ii)

dengan memasukkan selepas takrif "pengendalian" takrif yang berikut:

‘“pemunya” berhubung dengan barang, termasuklah mana-mana orang yang merupakan atau yang mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengeksport, konsaini, ejen atau orang yang memiliki, atau yang berkepentingan secara benefisial dalam, atau mempunyai apa-apa kawalan ke atas, atau kuasa untuk melupuskan, barang itu;

"Pangkor" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 163Q Akta Kastam 1967;'; dan

(iii)

dalam takrif "kawasan utama kastam", dengan menggantikan perkataan "dan Tioman" dengan perkataan ",Tioman dan Pangkor"; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2A) Bagi maksud takrif "pemunya", "pengeksport" dan "pengimport" masing-masing hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967.".

Pindaan seksyen 7