Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8 seksyen yang berikut:
Quoted provision
Seksyen 8A
Mana-mana orang yang membuat apa-apa perisytiharan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya bagi maksud untuk mendapatkan kelulusan pegawai kastam yang hak atau pegawai Pihak Berkuasa yang hak hendaklah memberikan pembutiran yang penuh dan benar berhubungan dengan—
(a)
bilangan dan perihalan bungkusan;
(b)
perihalan barang;
(c)
berat, ukuran atau kuantiti barang;
(d)
nilai semua barang; dan
(e)
negara asal barang.
Barang-barang yang tidak diakaunkan
Quoted provision
Seksyen 8B
(2)
Jika barang yang disifatkan sebagai telah dialihkan secara tidak sah dari zon bebas ke dalam kawasan utama kastam di bawah subseksyen (1) tertakluk kepada cukai, duti atau pembayaran di bawah mana-mana undang-undang bertulis, pemunya barang atau pengendali kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada pegawai kastam yang hak cukai, duti atau pembayaran itu atas tuntutan yang dibuat dalam tempoh enam tahun dari tarikh cukai, duti atau pembayaran itu hendaklah dibayar atau bayaran yang tidak mencukupi bagi cukai, duti atau pembayaran itu dibuat melainkan jika pemunya barang atau pengendali kedai atau gudang, atau bangunan, tempat atau premis lain itu boleh menunjukkan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan itu disebabkan oleh kebocoran, barang pecah atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh menghalang Ketua Pengarah daripada membuat tuntutan pada bila-bila masa selepas enam tahun dari masa bila cukai, duti atau pembayaran itu tidak dibayar atau dibayar kurang akibat apa-apa bentuk fraud atau kemungkiran yang dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, "pengendali" ertinya mana-mana orang yang telah diberikan kebenaran di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk menjalankan apa-apa aktviti di dalam sesuatu zon bebas.".
Penggantian seksyen 9