Malaysia legislation

Section 5

of AKTA ZON BEBAS (PINDAAN) 2019

Seksyen 5

"Perisytiharan untuk memberikan pembutiran yang penuh dan benar

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 9

(a)

bagi kesalahan pertama, dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barang itu atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang itu atau lima ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebih lima tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, dikenakan denda tidak kurang daripada dua puluh kali ganda nilai barang itu atau satu ratus ribu ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, dan tidak lebih daripada empat puluh kali ganda nilai barang itu atau satu juta ringgit, mengikut mana-mana amaun yang lebih besar, atau hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

(2)

Jika nilai barang di bawah subseksyen (1) tidak dapat ditentukan, penaltinya bolehlah bersamaan dengan suatu jumlah tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.".

Seksyen baharu 10A