Malaysia legislation

Section 16

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 16

Pindaan seksyen 21

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “hendaklah” perkataan “, dalam masa satu tahun daripada tarikh perkhidmatan bercukai diberikan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah,”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Walau apa pun subseksyen (1), Ketua

Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh orang berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan supaya invois tidak dikeluarkan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa adalah tidak wajar orang berdaftar itu mengeluarkan invois.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Walau apa pun subseksyen (3), jika pembayaran bagi perkhidmatan bercukai dibuat kepada apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, amaun pembayaran itu hendaklah termasuk amaun cukai perkhidmatan yang boleh dikenakan.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.”.

Pindaan seksyen 22