Malaysia legislation

Section 24

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 24

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27

seksyen yang berikut:

“Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik 27a.  Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar, secara keseluruhannya atau sebahagiannya—

(a)

apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151];

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1597

(c)

apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah

Akta Cukai Jualan 1972 [Akta 64];

(d)

apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah

Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806];

(e)

apa-apa amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014 [Akta 762];

(f)

apa-apa amaun duti kastam, atau apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Kastam 1967; atau

(g)

apa-apa amaun duti eksais, atau apa-apa surcaj yang terakru, atau apa-apa penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta Eksais 1976

[Akta 176],

Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b),

(c)

, (d), (e), (f) atau (g), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa amaun yang boleh dibayar balik di bawah Akta ini kepada orang itu dan Ketua Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang itu.”.

Pindaan seksyen 28