Malaysia legislation

Section 2

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 2

Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1 seksyen yang berikut:

“Pemakaian wilayah dan luar wilayah 1a.  (1)  Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai kedua-duanya di dalam dan di luar Malaysia.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Akta ini dan perundangan subsidiarinya hendaklah terpakai bagi mana-mana orang walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraan, di luar had geografi

Malaysia dan perairan wilayah Malaysia, jika orang itu—

(a)

ialah seorang pemberi perkhidmatan asing; atau

(b)

berdaftar di bawah seksyen 56c sebagai orang berdaftar asing.”.

Pindaan seksyen 2