Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
“Ketidakpakaian Bahagian IX
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IX bahagian yang berikut:
“Bahagian IXa
PERKHIDMATAN DIGITAL
Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital 56a. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas mana-mana perkhidmatan digital yang diberikan oleh orang berdaftar asing kepada mana-mana pengguna.
(2)
Nilai perkhidmatan digital yang baginya cukai perkhidmatan kena dibayar hendaklah nilai yang dikenakan oleh orang berdaftar asing itu.
(3)
Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital hendaklah dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan mengikut subseksyen 10(2) dengan merujuk kepada nilai yang dikenakan oleh orang berdaftar asing itu.
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
(4)
Cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas perkhidmatan digital yang diberikan kepada pengguna hendaklah menjadi genap masa pada masa pembayaran bagi perkhidmatan digital itu diterima oleh orang berdaftar asing itu.
(5)
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tanggungan untuk berdaftar 56b. (1) Menteri boleh menetapkan jumlah nilai perkhidmatan digital bagi maksud pendaftaran pemberi perkhidmatan asing di bawah Bahagian ini.
(2)
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada seseorang pengguna bertanggungan untuk berdaftar pada masa yang berikut, mana-mana yang lebih awal:
(a)
pada akhir mana-mana bulan, jika jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi jumlah nilai perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen (1); atau
(b)
pada akhir mana-mana bulan, jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan olehnya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi jumlah perkhidmatan digital yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Jumlah nilai semua perkhidmatan digital yang diberikan oleh seorang pemberi perkhidmatan asing kepada seorang pengguna dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu yang disebut dalam perenggan (2)(a) tidak diambil kira jika—
(a)
pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu dibatalkan, selain di bawah subseksyen 56f(3), dalam tempoh itu; dan
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1597
(b)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebelum pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu dibatalkan, pemberi perkhidmatan asing itu telah memberikan semua maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi menentukan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu atau tidak.
Permohonan bagi pendaftaran pemberi perkhidmatan asing 56c. (1) Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah subseksyen 56b(2)
hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah bagi pendaftaran dalam borang yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bagi bulan selepas bulan yang dia bertanggungan untuk berdaftar sebagaimana yang disebut dalam perenggan 56b(2)(a)
atau (b).
(2)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima,
Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan olehnya dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan pemberi perkhidmatan asing di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pemberi perkhidmatan asing itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.
(4)
Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar 56d. Mana-mana orang berdaftar asing hendaklah terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar jika—
(a)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa dia telah berhenti memberikan perkhidmatan digital; atau
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
dia telah didaftarkan di bawah subseksyen 13(2)
atau (4).
Pemberitahuan pemberhentian tanggungan 56e. (1) Seseorang orang berdaftar asing yang—
(a)
berhenti memberikan perkhidmatan digital; atau
(b)
telah didaftarkan di bawah seksyen 13, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai hakikat itu dan tarikh pemberhentian itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberhentian itu.
(2)
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pembatalan pendaftaran 56f. (1) Jika orang berdaftar asing membuat suatu pemberitahuan di bawah seksyen 56e, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar asing itu dari tarikh orang berdaftar asing itu terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56d atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar asing itu boleh dibatalkan pendaftarannya.
(2)
Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 56e dan Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar asing telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56d, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar asing itu dari tarikh orang berdaftar asing itu terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56d atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1597
(3)
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari pemberi perkhidmatan asing didaftarkan, pemberi perkhidmatan asing itu tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56c atau telah terhenti bertangungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56d, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan asing itu.
Pengeluaran invois 56g. (1) Tiap-tiap orang berdaftar asing yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital hendaklah mengeluarkan suatu invois atau dokumen yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan kepada pengguna berkenaan dengan transaksi itu.
(2)
Invois atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh dikeluarkan secara elektronik atau dalam bentuk kertas.
(3)
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Tempoh bercukai dan pengakaunan cukai perkhidmatan 56h. (1) Tempoh bercukai bagi orang berdaftar asing hendaklah suatu tempoh tiga bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan dalam mana-mana tahun kalendar.
(2)
Orang berdaftar asing boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
(3)
Ketua Pengarah boleh, apabila apa-apa permohonan bawah subseksyen (2) diterima—
(a)
membenarkan permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah tempoh sebagaimana yang dipohon;
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
(b)
menolak permohonan itu dan tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
(c)
mengubah tempoh bagi tempoh bercukai itu.
(4)
Orang berdaftar asing hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa dalam suatu penyata sebagaimana yang ditetapkan dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukainya yang berhubungan dengan penyata itu.
(5)
Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah perenggan (3)(c) dan walau apa pun subseksyen (4), penyata itu hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukai yang diubah itu.
(6)
Penyata yang disebut dalam subseksyen (4) dan (5)
hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai perkhidmatan yang kena dibayar atau tidak.
(7)
Mana-mana orang berdaftar asing yang—
(a)
melanggar subseksyen (4) atau (5); atau
(b)
mengemukakan suatu penyata yang tidak betul, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembayaran cukai perkhidmatan 56i. (1) Mana-mana orang berdaftar asing hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukai, membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukainya yang berhubungan dengan penyata itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1597
(2)
Jika apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh orang berdaftar asing itu selepas hari terakhir cukai perkhidmatan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang berdaftar asing itu hendaklah membayar—
(a)
untuk tempoh tiga puluh hari pertama yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar,
(b)
untuk tempoh tiga puluh hari kedua yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar; dan
(c)
untuk tempoh tiga puluh hari ketiga yang cukai perkhidmatan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun cukai perkhidmatan itu yang masih belum dibayar.
(3)
Mana-mana orang berdaftar asing yang tidak membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(4)
Tertakluk kepada subseksyen (6), pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3) boleh dimulakan selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(c).
(5)
Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang berdaftar asing yang disabitkan dengan kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
Cukai Perkhidmatan (Pindaan)
(6)
Tiada pendakwaan bagi kesalahan di bawah subseksyen (3)
boleh dimulakan terhadap mana-mana orang berdaftar asing yang telah membayar amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, dan penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
Kewajipan untuk menyimpan rekod 56j. (1) Tiap-tiap orang berdaftar asing hendaklah menyimpan rekod yang lengkap dan benar yang kemas kini bagi semua transaksi yang menyentuh atau boleh menyentuh tanggungannya terhadap cukai perkhidmatan, termasuk rekod-rekod yang berikut:
(a)
semua rekod pemberian perkhidmatan digital oleh orang berdaftar asing itu termasuk invois dan resit; dan
(b)
semua rekod lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu.
(3)
Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan.
(4)
Suatu salinan rekod itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding setakat yang sama sebagaimana rekod itu sendiri.
(5)
Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1597
Penyampaian notis, dsb., ke atas orang berdaftar asing 56k. Tiap-tiap notis, arahan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk disampaikan ke atas orang berdaftar asing boleh disampaikan melalui perkhidmatan elektronik di bawah seksyen 87.”.
Pindaan seksyen 65