Malaysia legislation

Section 3

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 3

Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam takrif “kawasan ditetapkan”, dengan menggantikan perkataan “dan Tioman” dengan perkataan “, Tioman dan Pangkor’;

(b)

dalam takrif “kawasan khas”, dengan menggantikan perkataan “dan Kawasan Pembangunan Bersama”

dengan perkataan “Kawasan Pembangunan Bersama, dan pangkalan bekalan petroleum yang dilesenkan di bawah seksyen 77b Akta Kastam 1967”;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “orang berdaftar” takrif yang berikut:

‘ “orang berdaftar asing” ertinya mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang berdaftar di bawah seksyen 56c;’;

Cukai Perkhidmatan (Pindaan)

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “orang kena cukai”

takrif yang berikut:

‘ “Pangkor” ertinya Pulau Pangkor, Pulau Mentagor,

Pulau Giam, Pulau Simpan, Pulau Tukun Terindak,

Pulau Pelanduk, Pulau Anak Pelanduk, Pulau Landak,

Batu Orang Tua dan Batu Jambal;’;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai kanan cukai perkhidmatan” takrif yang berikut:

‘ “pemberi perkhidmatan asing” ertinya mana-mana orang di luar Malaysia yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital kepada pengguna dan termasuklah mana-mana orang di luar Malaysia yang mengendalikan platform dalam talian untuk membeli atau menjual barang atau memberikan perkhidmatan (sama ada atau tidak orang itu memberikan apa-apa perkhidmatan digital) dan yang membuat transaksi bagi pemberian perkhidmatan digital bagi pihak mana-mana orang;

“pengguna” ertinya mana-mana orang yang memenuhi mana-mana dua daripada yang berikut:

(a)

membuat pembayaran bagi perkhidmatan digital dengan menggunakan kemudahan kredit atau debit yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan atau syarikat di Malaysia;

(b)

memperoleh perkhidmatan digital dengan menggunakan alamat protokol internet yang berdaftar di Malaysia atau kod negara antarabangsa telefon mudah alih yang ditetapkan bagi Malaysia;

(c)

bermastautin di Malaysia;’; dan

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “perkhidmatan bercukai diimport” takrif yang berikut:

‘ “perkhidmatan digital” ertinya apa-apa perkhidmatan yang dihantar atau dilanggan melalui internet atau rangkaian elektronik lain dan yang tidak boleh diperoleh tanpa menggunakan teknologi maklumat dan yang penghantaran perkhidmatan itu pada asasnya automatik;”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1597

Pindaan seksyen 9