Malaysia legislation

Section 40

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 40

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 69

seksyen yang berikut:

“Pemenjaraan kerana tidak membayar denda 69a.  Walau apa pun seksyen 283 dan 284 Kanun Tatacara

Jenayah, tempoh pemenjaraan yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa denda yang tidak

Cukai Perkhidmatan (Pindaan)

27

dibayar di bawah Akta ini, atau berkenaan dengan keingkaran suatu distres yang mencukupi untuk membayar apa-apa denda sedemikian, adalah apa-apa tempoh dalam apa-apa perihalan, yang pada pendapat mahkamah akan mencapai keadilan bagi kes itu, tetapi tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi tempoh maksimum yang berikut:

(a)

jika denda itu tidak melebihi lima ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah dua bulan;

(b)

jika denda itu melebihi lima ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah empat bulan;

(c)

jika denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, tempoh maksimum hendaklah enam bulan, dengan dua bulan tambahan bagi tiap-tiap sepuluh ribu ringgit selepas dua puluh ribu ringgit yang pertama denda itu.”.

Pindaan seksyen 71