Malaysia legislation

Section 6

of AKTA CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2019

Seksyen 6

Pindaan seksyen 11

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya, meluluskan cukai perkhidmatan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang berdaftar itu menjadi genap masa pada masa invois dikeluarkan.”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“invois bagi perkhidmatan bercukai yang diberikan itu,”

dengan perkataan “perkhidmatan bercukai itu diberikan,”;

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (3)(a) perenggan yang berikut:

“(aa) jika mana-mana perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar dan pembayaran bagi perkhidmatan bercukai itu dibuat kepada

Cukai Perkhidmatan (Pindaan)

7

apa-apa mesin atau alat yang dikendalikan dengan syiling, token atau seumpamanya, cukai perkhidmatan yang dikehendaki untuk diakaunkan hendaklah menjadi genap masa pada hari syiling, token atau seumpamanya itu dipungut daripada mesin atau alat itu;”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Perenggan (3)(c) tidak terpakai bagi perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai selepas 1 September 2018.”.

Pindaan seksyen 12