Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Pindaan seksyen 44
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mana-mana orang yang, semasa memandu sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain—
(a)
berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, setakat yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya; atau
(b)
mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan, dan menyebabkan kematian mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun dan tidak lebih daripada lima belas tahun dan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1618
ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada dua puluh tahun dan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Mana-mana orang yang, semasa memandu sesuatu kenderaan motor di jalan atau tempat awam lain—
(a)
berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, setakat yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya; atau
(b)
mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badannya sehingga kadar alkohol di dalam nafas, darah atau air kencingnya melebihi had yang ditetapkan, dan menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun dan tidak lebih daripada lima belas tahun dan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit.”;
(c)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Seseorang yang disabitkan di bawah subseksyen (1)
adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh
Pengangkutan Jalan (Pindaan)
7
tidak kurang daripada sepuluh tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh dua puluh tahun dari tarikh sabitan.”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Seseorang yang disabitkan di bawah subseksyen (1a) adalah hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dari tarikh sabitan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, hilang kelayakan selama tempoh sepuluh tahun dari tarikh sabitan.”; dan
(e)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (1)
dan (1a)”.
Pindaan seksyen 45